Wednesday, 29 February 2012

Program Nafas Segar PPDa SK Merintaman


1. PENGENALAN

Perkembangan pelajar yang cemerlang adalah terbentuk dari gabungan intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial yang berpotensi tinggi. Ia terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sehubungan itu, untuk tujuan pembentukan insan yang seimbang itu, maka SK Merintaman akan mengadakan satu program Senamrobik yang dinamakan sebagai Program Nafas Segar bagi menjurus kepada pembentukan insan seimbang itu. Program ini dibuat berdasarkan kepada minggu PPDa yang telah diadakan 7-10 Febuari 2012.

 2. Matlamat

Untuk melahirkan insan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara dan bebas daripada pengaruh dadah.






3. Objektif

1.Memenuhi keperluan pelajar SK Merintaman untuk beriadah dan bersukan
2.Melahirkan insan yang sentiasa sercas dan berdaya saing
3.Memupuk semangat berkerjasama dan berganding bahu dalam satu komuniti

4. Tema

Hidup Bebas Tanpa Dadah.

5. Maklumat perlaksanaan

Seperti yang tertera pada jadual minggu PPDa.

No comments:

Post a Comment