Thursday, 9 August 2012

TONGGAK UTAMA PPDa SK Merintaman


BERDIRI
Dari kiri: Raihan, Ain, Halimah, Zaharah, Nurazlin, Judy, Rosnani, Ermah, Tn. Pazilla, Dorothy, Celestina, Zurina, Maria, Norlidah, Nursiah, Hafizah.

DUDUK
Dari Kiri: Jumaah, Mujahid, Jasmawati, Patmah, Hjh. Dayang, Umi, Sudai, Jamal, Ed.

Wednesday, 29 February 2012

Program Nafas Segar PPDa SK Merintaman


1. PENGENALAN

Perkembangan pelajar yang cemerlang adalah terbentuk dari gabungan intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial yang berpotensi tinggi. Ia terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sehubungan itu, untuk tujuan pembentukan insan yang seimbang itu, maka SK Merintaman akan mengadakan satu program Senamrobik yang dinamakan sebagai Program Nafas Segar bagi menjurus kepada pembentukan insan seimbang itu. Program ini dibuat berdasarkan kepada minggu PPDa yang telah diadakan 7-10 Febuari 2012.

 2. Matlamat

Untuk melahirkan insan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara dan bebas daripada pengaruh dadah.






3. Objektif

1.Memenuhi keperluan pelajar SK Merintaman untuk beriadah dan bersukan
2.Melahirkan insan yang sentiasa sercas dan berdaya saing
3.Memupuk semangat berkerjasama dan berganding bahu dalam satu komuniti

4. Tema

Hidup Bebas Tanpa Dadah.

5. Maklumat perlaksanaan

Seperti yang tertera pada jadual minggu PPDa.

Tuesday, 28 February 2012

Peraduan Mewarna Minggu PPDa SK Merintaman






Aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kesedaran murid terhadap bahaya dadah dan seterusnya meningkatkan usaha membanteras dadah demi mewujudkan sekolah bebas dadah. Objektif program ini ialah untuk: 


  1. Mendedahkan kepada murid bahaya dadah dan kesannya. 
  2. Meningkatkan kesedaran murid tentang bahaya dadah
  3. Memupuk semangat bencikan dadah dan seterusnya tingkatkan usaha membanteras musuh Utama Negara ini.
  4. Mencungkil bakat mencipta dan bakat seni murid.


Monday, 6 February 2012

PROGRAM MINGGU KEMPEN SIFAR DADAH DAN NAFAS SEGAR





  Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan dalam Minggu antidadah ini iaitu termasuklah:

a.      Mendeklamasikan sajak anti dadah
b.      Melukis Poster
c.       Kuiz

Melalui pelancaran minggu anti dadah ini, sambutan hangat daripada murid mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan amatlah diharapkan. Malah, turut diharapkan mesej Minggu Antidadah dapat disampaikan kepada setiap murid.